Aku dan kuma: Possing!

Sunday, October 25, 2009

Hari khamis... kot... yelah, sebab waktu mento mentee. Selepas tamat kelas CS pada pukul 1 (kelas Kuma sahaja, kelas aku pagi tapi suka2 hati join kelas dia sebab pensyarah yang sama), kami (aku dan Kuma) ke Department HND untuk berjumpa mentor bertanyakan tentang perjumpaan. Di dalam there he is Mr. Yed kita, berborak bersama mentor aku tanpa tajuk yang jelas kedengaran di corong telinga usang aku.

"Ade ke En. Z?" bicara aku.

"Aaa... (nama sebenar aku), tiada la hari ini, ade rehearsal majlis COPA!" jawab En. Z sambil berjabat tangan dengan aku gaya VIP. (beliau pakai batik aku pakai formal)

"Yes...balik layan Prototype..." keluh aku dalam hati...

Aku berpaling ke arah Kuma dan bertanya...

"Ko ade x?"

"Ntah!" balas beliau sambil memandang mentor dia yang sibuk menanda kerja pelajar.

"Ade x Miss, eh Puan?" (baru naik pangkat jadi kami gagal membiasakan diri memanggil beliau dari Miss ke Puan) tanya kuma.

"Xde kot..." balas beliau tanpa kepastian yang jitu.

"Bla,bla,bla!" Aku, Kuma dan Puan Haiza...

Kami berbual sekejap sahaja, saat aku mengajak Kuma pulang... Puan meminta kami lakukan sesuatu...

"Korang possing sikit macam dalam gambar di Melaka tu!" pinta beliau...

"Possing???" fikir aku... teringat pada aksi aku bersama Kuma.

Kami saling sayang menyayang seperti abang dan adik... memang la sebab Kuma lebih veteran dari aku... (hahahaha) Nak tahu? Lihat gambar... beliau pinta aku dan Kuma pose seperti ini...


Ya Rabbi! Masakan kami mahu penuhi permintaan beliau untuk melakukan gaya kontroversi ini dalam department... takut ada pensarah yang salah faham pulak nanti... betul tidak Kuma? (mana kau Kuma, komen sedikit) Jatuh la keperibadian kelakian yang maskulin kami nanti dilihat pensyarah2 yang dihormati...

Mana boleh, bayar la... ingat percuma... model pun kena bayar inikan aku dan Kuma, UmahNo23 Next Top Model tu. Hahahaha...

Style woo gambar kami ni... Comel tak abang Zul a.k.a Kuma kita ini?

Salam Sejahtera!

2 comments:

Neyra Shazeyra October 25, 2009 at 11:18 AM  

die tak rampas papa kita. cuma aku ngan abg aku conquer abes meja en.z ari tu. duk melepak sampai tengah hari. ajar camne nak bukak fesbuk. hahaha. sian papa kena buat asement kat tepi2 bucu meja jek

Mohamad Termizi October 25, 2009 at 4:45 PM  

gambar cantik tgk ah sape photographer die beb... N73 jek nye camera jek tu... hehehe

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP