Kisah Kembara (Episod 2)

Friday, August 12, 2011

Coke-kren, post yg ko anta mengingatkan aku dengan kewujudan blog UMAHNO23 nie..

Aku hampir-hampir lupa dgn blog yang dibina bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan perkongsian cerita-cerita pengembaraan antara pengembara-pengembara UMAHNO23. Thanks to encik Coke-kren kerana anda, saya kembali ke sini.

Salam Guys,

Terutama sekali aku ingin mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua Pengembara UMAHNO23 dan sesiapa yg mem'follow' blog UMAHNO23 (ada yg follow ke). Semoga kehadiran Ramadhan ini memberi makna dalam kehidupan anda.

Aku teringat kenangan berpuasa kat UMAHNO23. Macam-macam ragam ada (xleh cite lebih). Tp alhamdulillah semua Pengembara UMAHNO23 berjaya mengharunginya dengan tabah.

Dah cukup mengenang kenangan lalu, aku nk beralih pulak cerita lain.
Inilah kisah pengembaraan Kembara K-Z.

Aku kini telah merantau. Bukan merantau warrior atau meranjau. Aku telah dihantar ke Mersing untuk memulakan tugasku sebagai penjawat awam. Jawatanku Pembantu Hidupan Liar G17 di Pejabat PERHILITAN Daerah Mersing. Aku mula bertugas disini pada 1 APRIL 2011.

Di sini, tugasku adalah untul mengawal konflik manusia-hidupan liar. Hidupan liar utama yang terlibat dengan tugasku seperti Elephas maximus, Sus scrofa dan Macaca fascicularis, (Nak tau lebih lanjut mende2 nie, tanya pakcik Google ok.)

Kehidupanku di sini boleh la dikategorikan sebagai stabil kerana kos sara hidup di sini masih lagi agak rendah walaupun Mersing dikategorikan sebagai kawasan tumpuan pelancongan untuk ke Pulau Tioman. (So ader la peluang untuk aku menyimpan duit untuk kahwin)

Kenderaanku disini masih lagi Kancil EX850 kepunyaanku walaupun ada berfikir untuk meng'transform'kannya. Tak banyak perubahan ke atasnya kecuali fronthood dah ada airbrush karat. Maklumlah berada di kawasan berudara masin.

Selain dari tu, aku merupakan seorang anggota sukarelawan pertahanan awam yang bernaung dibawah PKOD cawangan Putrajaya sejak Februari 2010 dan masih lagi aktif walaupun telah berada di Mersing.

Ermm....... pe lagi yer nk gtau..?? Itu saje kot..
lain-lain next time lah...

Haa... menjawab cadangan encik Coke-kren, aku mencadangkan untuk mempertahankan blog ini dari dikuburkan begitu sahaja.
Biarlah semua tahu perkembangan terkini Pengembara-pengembara UMAHNO23.
Biarlah ia di sini sehingga laman web Blogger terkubur.

Wassalam...

Papa Bravo Tango Kilo Hotel Alpha Foxtrot India Foxtrot signing out..
Over and out...

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP