feeling like giving up

Tuesday, December 15, 2009


haduh lame sunguh aku tak bercorek kat blog nih kan.. heheh... bukan tak sudi tp takde idea... sudah bp lame umah no 23 jd sejarah... maka penghuni nye pun mencari jalan hidup masing2, ntah jumpe ntah tidak.. aku pun salah seorg dari mereka...

dl time blaja rase nak cpt habis jek sbb dlm hati berangan nak keje kat office yg cantik, company besar, gaji promising.. tp biler da hbs blaja attempt utk kearah angan2 tu ade tp hancur sume nye.. berkali2 resume dikirim ke sane ke mari jawapan senyap menjadi santapan.. rase nak give up pun ade.. mcm nak tgu org masuk meminang pun ade hahahah.....

arini aku decide ari last aku g kursus MDEC J2EE kat KL.. bukan kerana tak mampu nak catch up tp rase tak sangup dengan keadaan poket yg kering bak padang pasir skang ni.. kursus 3 bulan takde elaun ape aku nak makan.. so ade sbb munasabah aku lepas kan peluang nih.. rase sayang nak lepas kan tp ape kan daya pasir jek tgl dlm poket... aku mintak maaf gan diri ini....

ape kah nasib ex penghuni ku yg lain... herm.. tgu laah post dorang lak.. skelertor melaporkan nasib malang dan hampe dari tempat duduk yg suam.. arios heheheh

Read more...

It's time to move forward...

Sunday, December 13, 2009




Masa semakin berlalu pergi meninggalkan kita. Sedar atau tidak, kita semakin meningkat dewasa. Begitu juga dengan diriku. Tanggal 7 Disember yang lalu, masaku semakin berkurang. Aku perlu lebih pantas melangkah. Melangkah menempuh kehidupanku. Melangkah mengejar impianku.
Tapi apakah impianku?
Apakah aku mampu menggapai impianku?

Berakhirnya minggu ini menandakan berakhirnya "sekolah"ku selama 6 minggu di Menara AmCorp, PJ. Kini, debaran semakin terasa. Debaran menunggu panggilan interview. Dapatkah aku? Moga2 hendaknya...

Read more...

Tamat tapi bukan penamat!!!

Sunday, December 6, 2009


Dengan kewujudan artikel ini maka secara rasminya rumah no23 tiada lagi penunggunya. Semua penunggu kini telah tamat pengajian dan bakal memulakan hidup baru, berkerja atau menyambung pengajian. Lihat perjalanan hidup masing-masing pada masa akan datang. Harap berjaya. Seiring dengan tamatnya pengajian kami, rumah no23 telah dibom dan dibakar kami... hahahaha... (lihat gambar) Aku, skelertor, crappy dan seorang member yang anda tidak kenali meluru keluar menyelamatkan diri dengan melompat sesuka hati. Malangnya yamakasi, zakcs dan kayz tidak berani bertindak membakar dan hanya menjadi jurugambar di hadapan rumah. Kami berteriak!!! "Selamat Tinggal BUKU, POKOK dan ASSIGNMENT!!!!".


Walaupun begitu, blog ini tidak akan dibom atau dibakar kami kerana semangat umahno23 tetap kami bawa dalam diri setiap penunggu. Blog ini akan sentiasa berada di server blogspot.com. Artikel-artikel baru, segar dan menyeronokkan akan sentiasa dipaparkan tetapi tidak segiat dahulu kerana pasti kami sibuk dengan hidup masing-masing. Kerjaya dan wanita!!! Jadi aku ingin memohon maaf dan infiniti keampunan dari penunggu lain dan anda pembaca jika ada yang terguris dengan kata-kata dan perilaku aku. Aku tetap aku. Anda tetap anda. Kalau kita tidak boleh ubah orang, sebatikan diri dengannya. Kalau ada yang gagal untuk mengampuni aku...ingat aku kesah! Hahahaha... coke tetap coke, mereka yang rapat kenal aku.


Skelertor: good luck with your CADD training!
Crappy: bye-bye to UK. I'll take care of bubuu!
Yamakasi: if I got enough money, lets be a business partner!
KayZ: keep it going, school boy! hahaha...
Zacks: make the earth green will you!
ME: being myself...


PEACE TO ALL!!!


Dalam pembikinan artikel ini, tiada rumah yang dibakar. Rumah terbakar merupakan hasil nukilan digital. Pelakon aksi tersebut kami upah mereka yang ade iras rupe kami. Tiada jiwa yang kacau dan keselamatan semua pihak dibawah insuran masing-masing... Sekian, sehingga ketemu lagi semua... Tunggu reunion kami!

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP