tempat tdo time redo nnt

Sunday, November 29, 2009

perhatian kepada sume HND student of UMAHNO23 blogger.. utk redo session yg terakhir ni.. tempat tgl kite adalah at our own umah no 23.. so please be advice.. to bring your own tilam and bantal to stay comfort..


this report is produce by skelertor emergency broadcast system.. take note.. hahaha

Read more...

Our debut is coming!

Friday, November 27, 2009

Aku x paham pun maksod debut ni... saje gune sebab cam best je ayat die... (yed, ape maksod debut?)


Redo session 1,2,3 Disember penunggu kursus IT akan kembali menghantui buat seketika untuk tugasan yang tidak mendapat kelulusan pensyarah dan memerlukan pembetulan... tetapi... tidak diketahui lagi berjayakah kami menghantui Rumah No23 kerana penyewaan rumah itu tamat 30 September. Tunggu kata putus dari skelertor untuk minta belas ehsan tuan rumah menumpang buat 3 hari sementara sebelum kami sepenuhnya tamat pengajian Higher National Diploma dan Diploma kami...


Kalau mendapat kelulusan, ade la tempat tuk kami hantui tetapi jika tidak... hostel jawabnye... (menyampahnye... dah la cafe pun tutup, klu nak kuar masok pun leceh memang aku gigit guard tu...)


Skelertor!!! ape citer? macam mane ngan rayuan kepada tuan rumah???


hurm... lepas je redo session ini, penunggu yg len akan mule mencari rezki dengan berkerja tetapi len buat aku ngan zack... kami akan pergi latihan industri... skelertor, crappy n yamakasi tiada practical kerana mule bantch mereka ia dimansuhkan... (Damn!!! Apsal la aku kene!!!)


tetapi bnyak kelebihannye sebab pengalaman sebelum berkerja dengan syarikat2 besar... mane tahu dapat tawaran dari MICROSOFT... (cewah, perasan giler)


Ape2 hal jumpe redo oi! dan yg x terlibat pun dijemput hadir... tau klu x jemput pun mesti datang gak... (KayZ ngan Zacks) hahahaha

Read more...

Salam AidilAdha...

To all readers and fellow bloggers...

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha.

KayZ, UMAHNO23...

Read more...

UMAHNO23 farewell party

Tuesday, November 24, 2009


party lah sgt kan.. haha.. bukan nye party tp buat majlis makan-makan skit kat KFC semenyih.. takde pun awek-awek2 cun menari bogel "Party" ni.. tp awek yg jual KFC tu ade "tak cun pun" hehehe

majlis tu simple jek tak besar pun.. skit jek menu nye.. menu kiteorg time tu PIZZAHUT set meal C.. 1 large pepperoni delight, 1 medium Hawaiian chicken.. 1 set KFC family meal (9 ketul ayam), 2 large kentang putar, 4 large coleslaw and 1 bottle of 7up tak dilupa jugak bread stick dari meal pizzahut yg dibeli..

hehe kenyang giler babi time tu.. sume muke happy dah kenyang kate.. makan2 ni kiteorg buat utk habis kan lebihan duit sewa umah yg terkumpul.. ptt nye duit tu nak g genting tp paham2 lah hendaknya cuace tak mengizinkan. so terkuburlah harapan tu ke ntah bile plak nak g taktau.. tp pangkor menanti convocation nnt.. so umahno23 still bersatu wlupun umah da kosong ("sob... sob.. sadis") heheh

well aku sempat gak bt candid photo partial of penungu umahno23 bt muke cute time makan.. check it out


[coke yg sehari tak makan.. duit hbs]

[budget comel.. aku rase nak hempuk jek gan botol 7up time tu hehe]


[brother zul kite yg sirius]

[gorilla hahah]

[ops!!! terupload lah gmbr scandal aku nih.. name pun terkan]




Read more...

Selamat Jalan...

Monday, November 23, 2009



Setiap pertemuan akan berakhir dgn perpisahan. Begitu juga dgn komuniti UMAHNO23. Masing2 kini pergi membawa haluan sendiri. Melebarkan sayap menuju ke puncak tertinggi yang mampu mereka capai.
 Kepada reader sekalian, doakanlah kejayaan mereka semua. Amin...

::Message to blogger of UMAHNO23::
Semoga perpisahan ini bukan bermakna perpisahan yang selamanya. Eloklah kiranya anda semua dapat bersuara kembali di dalam blog UMAHNO23 ini. Jadikanlah blog ini sebagai medium untuk kita berkongsi informasi terkini tentang blogger-blogger UMAHNO23.

Sekian, wassalam...

Read more...

we all running on windows 7

Tuesday, November 17, 2009

From skelertor life cruel


yea!!!! officially sume penghuni UMAHNO23 telah mengunakan windows 7 Ultimate Build 7600 Genuine (cracked) sebagai operating system di setiap lappy dorang.. dengan sumbangan effort Kayz yg telah mendownload latest version of this windows iaitu version 6.1(build 7600) dalam torrent yang mengambil mase dalam 1 - 2 minggu.. akhirnya penantian itu berbaloi-baloi kepada semua penghuni UMAHNO23....
kestabilan dan kelancaran yang dijanjikan oleh Microsoft telah disahkan oleh kami sume.. pengunaan 64bit dan 32bit windows 7 mempamerkan kesenyuman kepada setiap penghuni.. so kepada orang2 kat luar sane tu yg nak cube windows ni UMAHNI23 RECOMMEND....


From skelertor life cruel (preview screen dari lappy skelertor acer5550)

Read more...

APE YANG AKAN TERJADI SELEPAS NI.....

Tuesday, November 10, 2009

season july-december 2009 semakin hampir ke penghujungnya dengan tarikh akhir kami semua akan meninggalkan bumi beranang pada 24/11/2009...
Ini bermakna rumah no 23 akan kami tinggalkan buat selama-lamanya....
x pasti kembali ataupun tidak....

kepada rakan-rakan rumah.....
skeletor, flammix, coke-kren, maleng, kayz......
gua menyusun sepuluh jari,
duatangan dihulr...

ape yang akan terjadi di episod selepas ini...
ha... itu yang kite x tahu...
berkemungkinan aku akan menjadi seorang penternak kambing yang berjaya di johor ataupun akan meneruskan legasi syarikat construction keluarga aku.....
rasenye aku nak buat dua2 skali....

yang lain????
adakah kuma akan meneruskan legasi rempitnya???
adakah skeletor akan terus bermain dengan laptopnya????
adakah yed still ride moto lg????
adakah coke akan terus meneruskan mengayat perempuan????
adakah maleng akan terus menyendiri di bilik bawah????
adakah kay akan terus belajar????

ha...
tu yang kite x tahu.....

kepada tuan-tuan name yg di perlihatkan ini silelah post kan ape yg korang nak jd lepas ni.....

wassalam............

Read more...

Microsoft Visual Basic

Monday, November 2, 2009

@#$%&... kenapa? Sebab aku diperdajalkan oleh aplikasi ini...

Alkisahnya aku dalam usaha membangunkan satu aplikasi menggunakan aplikasi Microsoft Visual Basic 2005. Dapat tahu pula rakan yang bukan serumah memiliki versi 2008. Aku berminat kerana 2008 memiliki lebih kemudahan dan kesenangan. Kini, DELL Studio 15 aku ada 2 Microsoft Visual Basic; 2005 dan 2008.

Aku alih data kepada 2008 dan seperti tiada masalah... Sehingga apabila aku mahu menjana rangkaian antara Microsoft Visual Basic 2008 dengan Microsoft Access 2007 sebagai peti simpanan maklumat.

Permulaan janaan tiada masalah tetapi timbul masalah bila sampai kepada muat maklumat ke dalam muka papan. Konsep aplikasi aku dengan skelertor adalah sama dan malah dia turut membantu dalam memasukkan 'codding'.

Nyata lagi jelas usaha kami gagal, kaedahnya sama dengan aplikasi skelertor tetapi aku punya gagal janaan sedangkan dia berjaya. Dimanakah salah silahnya kesilapan itu terjadi... Aku dan skelertor kebuntuan dan masing-masing sakit hati...

Penyelesaian dari skelertor, buang kedua-dua Microsoft Visual Basic dan masukkan semula yang versi 2008. Aku turuti kerana percaya kata-kata beliau yang kurang meyakinkan kerana cuba-cuba nasib sahaja.

@#$%& apabila mahu buang yang versi 2005 makan masa hampir sejam... begitu juga versi 2008. Saat artikel ini ditulis, versi 2008 baru sahaja 20% selepas 25 minit... Memang @#&#@ la sama ini aplikasi... atau DELL Studio 15 ini yang bermasalah... atau Window Vista Ultimate SP1 dengan tema Window 7 ini yang bermasalah... atau aku yang bermasalah?

KORANG DIAM!!!

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP