Microsoft Visual Basic

Monday, November 2, 2009

@#$%&... kenapa? Sebab aku diperdajalkan oleh aplikasi ini...

Alkisahnya aku dalam usaha membangunkan satu aplikasi menggunakan aplikasi Microsoft Visual Basic 2005. Dapat tahu pula rakan yang bukan serumah memiliki versi 2008. Aku berminat kerana 2008 memiliki lebih kemudahan dan kesenangan. Kini, DELL Studio 15 aku ada 2 Microsoft Visual Basic; 2005 dan 2008.

Aku alih data kepada 2008 dan seperti tiada masalah... Sehingga apabila aku mahu menjana rangkaian antara Microsoft Visual Basic 2008 dengan Microsoft Access 2007 sebagai peti simpanan maklumat.

Permulaan janaan tiada masalah tetapi timbul masalah bila sampai kepada muat maklumat ke dalam muka papan. Konsep aplikasi aku dengan skelertor adalah sama dan malah dia turut membantu dalam memasukkan 'codding'.

Nyata lagi jelas usaha kami gagal, kaedahnya sama dengan aplikasi skelertor tetapi aku punya gagal janaan sedangkan dia berjaya. Dimanakah salah silahnya kesilapan itu terjadi... Aku dan skelertor kebuntuan dan masing-masing sakit hati...

Penyelesaian dari skelertor, buang kedua-dua Microsoft Visual Basic dan masukkan semula yang versi 2008. Aku turuti kerana percaya kata-kata beliau yang kurang meyakinkan kerana cuba-cuba nasib sahaja.

@#$%& apabila mahu buang yang versi 2005 makan masa hampir sejam... begitu juga versi 2008. Saat artikel ini ditulis, versi 2008 baru sahaja 20% selepas 25 minit... Memang @#&#@ la sama ini aplikasi... atau DELL Studio 15 ini yang bermasalah... atau Window Vista Ultimate SP1 dengan tema Window 7 ini yang bermasalah... atau aku yang bermasalah?

KORANG DIAM!!!

3 comments:

BUBuu November 2, 2009 at 2:26 PM  

shhh.. diam weyh.diam..

K-Z November 3, 2009 at 4:37 AM  

tu la... asyik men game PROTOTYPE jer...
wahahahaha...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP