Jeng Jeng Jeng!!!

Sunday, June 30, 2013

Salam sekalian umat yang membaca post ini,

Berapa lama sudah blog ini tidak dimajukan dengan cerita-cerita menarik mahupun khabar berita dari admin-admin nya?

Aku terpanggil disini untuk menulis sesuatu tetapi... sumpah haram jadah tiada sepatah/sebuah/seketul/secubit/sekumis mahupun sekalung idea melintas dalam pemikiran kepala hotak aku ini.

Maka, berceritalah aku sedikit sebanyak tentang aku dan juga rakan-rakan seperjuangan aku dalam blog ini.

Mizi a.k.a skelertor dan Kayz telah selamat menjinjangkan diri di pelamin angan yang menjadi realiti. Tahniah my bros!!! Kayz susah untuk ditemui kerana sentiasa sesat dalam hutan kerana tugasan beliau memerlukan beliau sesatkan diri. Hahaha (tipu je)... Mizi pula menetap di kawasan yang agak jauh dengan lokasi yang tidak gemar untuk aku hadiri... selain itu, beliau masih lagi memerlukan privacy kerana baru sahaja berkahwin. Tidak manis jika ada yang mengganggu terutama aku yang suka mengganggu. Korang da selamat bila bini nak berisi?

Kumar a.k.a yamakasi kini bergelar Project Manager dimana beliau menguruskan projek-projek milik syarikat bosnya. Aku kerap berjumpa dengan 'lipan' ini kerana beliau menetap di suatu kawasan yang mati kutu-kutunya dan memerlukan ehsan aku untuk menghiburkan hari-hari beliau yang suram lagi muram. Hahaha... Kami sentiasa berkongsi idea mengenai bidang kami, dunia, rakan mahupun topik-topik yang tiada faedah untuk dibualkan. Best lepak dengan kau bro!!!

Syed pula seperti mana aku terpana dengan post beliau di 'muka buku' kini melanjutkan pelajaran di peratauan. Bawa pulang PhD bro....

Ijat a.k.a zack kini berada di Johor menguruskan pekerja-pekerja beliau dan terlibat dalam bidang construction... 'kot'... tidak dapat dipastikan kerana aku tidak stalk dia.

Aku pula... aku rasa menyampah dengan diri sendiri kerana tidak berhenti-henti menghiburkan hati dengan keseronokan dan hiburan bandar. Aku harus berubah...

Andai kata salah maklumat atau terkasar bahasa...pandai-pandai lah...

Idea dah hilang... Bye...

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP