Mizi A.K.A skelertor bercerita

Wednesday, September 14, 2011

Wah korang.. aku igt semua dah tak sudi nak masuk kat UMAHNO23 ni lagi. Rupa-rupanya ternyata gak korang rindu kan haha.

Kalau masing-masing ada niat untuk hidupkan semula community kecik UMAHNO23 ni, masih ada peluang kali ada tekad dan usaha. Bukan perlukan duit pun cume masa. Aku paham masing-masing dah ada perkerjaan dan commitment yang harus Penghuni UMAHNO23 tunai kan dalam menjadi dewasa dan bakal bapak-bapak masa hadapan. :-)

Aku nak bercerita tengtang aku!

Tak banyak yang berubah tentang aku, same old me, nothing much to tell. Bidang kerjaya pula,  aku boleh cakap agak berjaya dalam usia macam ini dan hanya berbekal kan HND dari Kolej Profesional MARA Beranang (nak gak sebut name kolej, promote untuk budak2 lepasan SPM tahun ni).

So far, pengalaman berkerja selama 2 tahun di company swasta sedikit sebanyak memberi pengajaran tentang pengalaman kerjaya dan juga pengalaman exploitasi sesebuah giant company terhadap pekerja-pekerja mereka. Aku malas lah nak bercerita company tu buat apa kang kene saman pulak, aku ni tak berduit nak bayar saman.

Sekarang, aku gembira berkerja sebagai IT Support Executive (Helpdesk / Onsite Support) di sebuah IT company yang kecil dan mendapat bayaran yang setimpal atas faktor usia dan pengalaman yang ada. Walaupun company tu kecil, sekurang-kurang nye aku happy dan tidak lagi rasa tidak di hargai macam company sebelum ni.

Itulah sedikit sebanyak update yang ade selama 2 tahun mendiam kan diri dalam blog ni.

Tentang Idea Coke-Kren untuk secara official menguburkan blog ini, rasa nya biar lah dia mati sendiri di telan zaman. Kalo Google bankrupt maka mati lah blog ni selama nya. :-P

Mungkin kita boleh plan untuk gathering balik lepas ni, jadi kan lah blog ni tempat utk post segala aktivity yang ade walaupun secubit je.



Sorry Kay, iJat n Yed gambar korang aku takde hahaha.. (Tu ah YED sape suh jadi MOPA time convo, kan dah takde gambar ko).

signing out!

Read more...

Anything you might think!: Jalan Alternatif

Tuesday, September 13, 2011

Anything you might think!: Jalan Alternatif:

'via Blog this'

Read more...

Kisah Kembara (Episod 2)

Friday, August 12, 2011

Coke-kren, post yg ko anta mengingatkan aku dengan kewujudan blog UMAHNO23 nie..

Aku hampir-hampir lupa dgn blog yang dibina bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan perkongsian cerita-cerita pengembaraan antara pengembara-pengembara UMAHNO23. Thanks to encik Coke-kren kerana anda, saya kembali ke sini.

Salam Guys,

Terutama sekali aku ingin mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua Pengembara UMAHNO23 dan sesiapa yg mem'follow' blog UMAHNO23 (ada yg follow ke). Semoga kehadiran Ramadhan ini memberi makna dalam kehidupan anda.

Aku teringat kenangan berpuasa kat UMAHNO23. Macam-macam ragam ada (xleh cite lebih). Tp alhamdulillah semua Pengembara UMAHNO23 berjaya mengharunginya dengan tabah.

Dah cukup mengenang kenangan lalu, aku nk beralih pulak cerita lain.
Inilah kisah pengembaraan Kembara K-Z.

Aku kini telah merantau. Bukan merantau warrior atau meranjau. Aku telah dihantar ke Mersing untuk memulakan tugasku sebagai penjawat awam. Jawatanku Pembantu Hidupan Liar G17 di Pejabat PERHILITAN Daerah Mersing. Aku mula bertugas disini pada 1 APRIL 2011.

Di sini, tugasku adalah untul mengawal konflik manusia-hidupan liar. Hidupan liar utama yang terlibat dengan tugasku seperti Elephas maximus, Sus scrofa dan Macaca fascicularis, (Nak tau lebih lanjut mende2 nie, tanya pakcik Google ok.)

Kehidupanku di sini boleh la dikategorikan sebagai stabil kerana kos sara hidup di sini masih lagi agak rendah walaupun Mersing dikategorikan sebagai kawasan tumpuan pelancongan untuk ke Pulau Tioman. (So ader la peluang untuk aku menyimpan duit untuk kahwin)

Kenderaanku disini masih lagi Kancil EX850 kepunyaanku walaupun ada berfikir untuk meng'transform'kannya. Tak banyak perubahan ke atasnya kecuali fronthood dah ada airbrush karat. Maklumlah berada di kawasan berudara masin.

Selain dari tu, aku merupakan seorang anggota sukarelawan pertahanan awam yang bernaung dibawah PKOD cawangan Putrajaya sejak Februari 2010 dan masih lagi aktif walaupun telah berada di Mersing.

Ermm....... pe lagi yer nk gtau..?? Itu saje kot..
lain-lain next time lah...

Haa... menjawab cadangan encik Coke-kren, aku mencadangkan untuk mempertahankan blog ini dari dikuburkan begitu sahaja.
Biarlah semua tahu perkembangan terkini Pengembara-pengembara UMAHNO23.
Biarlah ia di sini sehingga laman web Blogger terkubur.

Wassalam...

Papa Bravo Tango Kilo Hotel Alpha Foxtrot India Foxtrot signing out..
Over and out...

Read more...

Geng! Ape jadi dengan pengembaraan???

Monday, July 18, 2011

Guys,

Hampir 2 tahun kite da tinggalkan UMAHNO23. Wak happeng? (What happen) Masing-masing ade haluan hidup masing-masing yang masing-masing nak capai. (Masing/masing-masing, ape beza ea?)

Blog UMAHNO23 pun da senyap jer. Sesetengah dari penghuni masih aktif dengan blog masing-masing. Ade juga yang dah "terkubur". (Hidup lagi ye bukan dah mati) Contoh terbaik aku sendiri la.

Nak citer kejayaan sorang-sorang penghuni, nanti aku di tuduh menghendap hidup korang lak kan... Sendiri citer la.

Aku,
Aku sekarang kerja kat syarikat (kecik je) yang aku buat LI (Latihan Industri) dahulu. Alhamdulillah aku happy siap berjaya miliki ape aku gembar-gembur kan mase kat umah sewa dulu. HAHAHA!!! (Cis, bangge macam haram, jangan marah) Tapi... Hidup di KL, demand lebih dari yang aku sangka. Sekarang aku terpakse buat part-time mengemis dekat kaki-kaki lapan dewan-dewan bahasa dan pustaka. (Kencing je) Aku hidup orang kate boleh la, kalau nak mewah jual diri la kan... hahaha So, aku x jual diri tapi hidup berlandaskan agama dan al-Quran. Amin (Celaka korang mesti gelak kan!)

Insyaallah kahwin... lambat lagi... hehehe

Itu jelah pasal aku! Penghuni yang lain haram aku x tau!

Aku x tau korang still singgah lagi x kat sini tapi kalau korang bace post ni, aku ingat kite kebumikan je blog UMAHNO23 secare rasmi. Imam, majlis tahlil ngan persiapan semua nanti kite tong-tong la ye. Aku x masyuk nak sponsor sume.

Tapi... kalau ade yang nak mempertahankan UMAHNO23, sila sediakan paku, tukul dan kayu penahan. Boleh bina tiang seri ramai-ramai. Kasi kukuh.

I'm out!

Sekian Nukilan Seniman Kaki Lapan Bahagi Sembilan Dapat *%#@

Hahahaha

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP