Mizi A.K.A skelertor bercerita

Wednesday, September 14, 2011

Wah korang.. aku igt semua dah tak sudi nak masuk kat UMAHNO23 ni lagi. Rupa-rupanya ternyata gak korang rindu kan haha.

Kalau masing-masing ada niat untuk hidupkan semula community kecik UMAHNO23 ni, masih ada peluang kali ada tekad dan usaha. Bukan perlukan duit pun cume masa. Aku paham masing-masing dah ada perkerjaan dan commitment yang harus Penghuni UMAHNO23 tunai kan dalam menjadi dewasa dan bakal bapak-bapak masa hadapan. :-)

Aku nak bercerita tengtang aku!

Tak banyak yang berubah tentang aku, same old me, nothing much to tell. Bidang kerjaya pula,  aku boleh cakap agak berjaya dalam usia macam ini dan hanya berbekal kan HND dari Kolej Profesional MARA Beranang (nak gak sebut name kolej, promote untuk budak2 lepasan SPM tahun ni).

So far, pengalaman berkerja selama 2 tahun di company swasta sedikit sebanyak memberi pengajaran tentang pengalaman kerjaya dan juga pengalaman exploitasi sesebuah giant company terhadap pekerja-pekerja mereka. Aku malas lah nak bercerita company tu buat apa kang kene saman pulak, aku ni tak berduit nak bayar saman.

Sekarang, aku gembira berkerja sebagai IT Support Executive (Helpdesk / Onsite Support) di sebuah IT company yang kecil dan mendapat bayaran yang setimpal atas faktor usia dan pengalaman yang ada. Walaupun company tu kecil, sekurang-kurang nye aku happy dan tidak lagi rasa tidak di hargai macam company sebelum ni.

Itulah sedikit sebanyak update yang ade selama 2 tahun mendiam kan diri dalam blog ni.

Tentang Idea Coke-Kren untuk secara official menguburkan blog ini, rasa nya biar lah dia mati sendiri di telan zaman. Kalo Google bankrupt maka mati lah blog ni selama nya. :-P

Mungkin kita boleh plan untuk gathering balik lepas ni, jadi kan lah blog ni tempat utk post segala aktivity yang ade walaupun secubit je.



Sorry Kay, iJat n Yed gambar korang aku takde hahaha.. (Tu ah YED sape suh jadi MOPA time convo, kan dah takde gambar ko).

signing out!

4 comments:

neyra shazeyra September 14, 2011 at 10:46 PM  

hidup lagi rupanya blog ni hahhaa

K-Z September 20, 2011 at 8:27 AM  

tu la.. da lupe blog nie wujud.. hehehe..
xpe.. blog nie akan terus wujud dan hidup selagi google ada dan adminnya masih ada.

Mizi a.k.a SKELERTOR October 3, 2011 at 1:19 PM  

peace UMAHNO23! sape lah yg uk sewa skang kan haha

sury@Adliah October 21, 2011 at 7:55 AM  

bila si kacak dah update pasal die..hahaha..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP