Salam Eidulfitri dan Pemberitahuan Walimatul Urus

Friday, August 17, 2012

Salam lebaran buat rakan-rakan seperjuangan KPMB. Adakah anda semua sudah bersedia menyambut lebaran yang semakin hampir? Macam mana ibadah puasa tahun ini? Zakat? Harap rakan-rakan sudah selesaikan segalanya.

Lama sudah blog ini menyepi. Mana pergi rakan-rakan seperjuangan yang lain? Tiada penulisan yang terkini. Harap rakan-rakan seperjuangan tidak lupa tujuan blog UmahNo23 ini wujud. Tiada khabar berita dari anda membuatkan KayZ tertanya-tanya. Semoga semuanya sihat sejahtera hendaknya.

Tak mengapa. Harap penulisan KayZ ini menyemarakkan semula kemeriahan blog yang gemilang suatu ketika dahulu. Cheewah.. Harap rakan-rakan blogger UmahNo23 dapat memberikan perkhabaran terkini anda.

Sebulan sahaja lagi tinggal sebelum hari kejadian. KayZ mengambil kesempatan ini untuk menjemput rakan-rakan UmahNo23 serta blogger lain menghadiri majlis Walimatul Urus KayZ pada 15 - 16 September ini. Lokasi majlis pengantin perempuan di Kota Damansara (15 Sept) dan majlis pengantin lelaki di Beranang (16 Sept).

Diharapkan rakan-rakan seperjuangan sekalian belum melupakan Beranang. Tempat kita menimba ilmu dan pengalaman yang amat berharga.

Jika rakan-rakan inginkan kad jemputan, sila SMS KayZ (017-3073104) bersama nama penuh, alamat dan no telefon anda. Kerjasama anda amat diharapkan supaya kad dapat sampai kepada anda.

Akhir kata daripada KayZ, semoga blog UmahNo23 ini terus meriah dengan berita terkini rakan-rakan sekalian. Ingin sekali KayZ mengingatkan rakan-rakan seperjuangan, blog ini merupakan jambatan kepada persahabatan kita yang terjalin selama ini.

Salam lebaran.

Ikhlas dari Muhammad Khafif Zainudin
a.k.a. KayZ Putra Mukhzanufar.

Wassalam.

2 comments:

Mohamad Termizi August 17, 2012 at 9:45 AM  

Waaahhhh!!!! nape lah sume kawin dulu ni.. huhu.. congrat bro! aku nak kad!!!

K-Z August 18, 2012 at 5:26 AM  

Ko msg la alamat ko kat aku.. Aku mane de alamat ko..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template Brownium by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP