Tamat tapi bukan penamat!!!
Sunday, December 6, 2009

Dengan kewujudan artikel ini maka secara rasminya rumah no23 tiada lagi penunggunya. Semua penunggu kini telah tamat pengajian dan bakal memulakan hidup baru, berkerja atau menyambung pengajian. Lihat perjalanan hidup masing-masing pada masa akan datang. Harap berjaya. Seiring dengan tamatnya pengajian kami, rumah no23 telah dibom dan dibakar kami... hahahaha... (lihat gambar) Aku, skelertor, crappy dan seorang member yang anda tidak kenali meluru keluar menyelamatkan diri dengan melompat sesuka hati. Malangnya yamakasi, zakcs dan kayz tidak berani bertindak membakar dan hanya menjadi jurugambar di hadapan rumah. Kami berteriak!!! "Selamat Tinggal BUKU, POKOK dan ASSIGNMENT!!!!".
Walaupun begitu, blog ini tidak akan dibom atau dibakar kami kerana semangat umahno23 tetap kami bawa dalam diri setiap penunggu. Blog ini akan sentiasa berada di server blogspot.com. Artikel-artikel baru, segar dan menyeronokkan akan sentiasa dipaparkan tetapi tidak segiat dahulu kerana pasti kami sibuk dengan hidup masing-masing. Kerjaya dan wanita!!! Jadi aku ingin memohon maaf dan infiniti keampunan dari penunggu lain dan anda pembaca jika ada yang terguris dengan kata-kata dan perilaku aku. Aku tetap aku. Anda tetap anda. Kalau kita tidak boleh ubah orang, sebatikan diri dengannya. Kalau ada yang gagal untuk mengampuni aku...ingat aku kesah! Hahahaha... coke tetap coke, mereka yang rapat kenal aku.
Skelertor: good luck with your CADD training!
Crappy: bye-bye to UK. I'll take care of bubuu!
Yamakasi: if I got enough money, lets be a business partner!
KayZ: keep it going, school boy! hahaha...
Zacks: make the earth green will you!
ME: being myself...
PEACE TO ALL!!!
Dalam pembikinan artikel ini, tiada rumah yang dibakar. Rumah terbakar merupakan hasil nukilan digital. Pelakon aksi tersebut kami upah mereka yang ade iras rupe kami. Tiada jiwa yang kacau dan keselamatan semua pihak dibawah insuran masing-masing... Sekian, sehingga ketemu lagi semua... Tunggu reunion kami!
4 comments:
yessssss!!!
yed da nk gi uk!
im freeeeee!!!
freeeeeee like a bird!!!
chio chip chip..;p
hahaha...suke ko ye budak kecik?
haha habis.. yed g UK takde ah physical bf kat malaysia lagi.. all maya plak lepas nih
ahaha...
*yed berkata dalam ati: DAMN!!!
Post a Comment